Wednesday, January 20, 2016

Pengalaman Latihan Industri

Assalamualaikum. Hi.


Penat seharian duduk bersahaja. Tak ada kerja pun nak buat. Biasa lah budak pratikal kan, bos nak bagi kerja pun seram sejuk je. Boleh buat ke tak boleh haha. Okay start balik goyang kaki.

Oke, harini aku nak kongsi sikit pengalaman berpratikal ni. Separuh orang kata banyak kerja, separuh orang lagi TEMAKSUD AKU kata tak banyak kerja. Oke, ni pengalaman aku.

Aku mula pratikal dari sem 4 dalam bidang networking. Kat tempat aku belajar, aku batch akhir pratikal sem 4, junior aku nanti semua pratikal sem 6. Huntunglah kan, habis pratikal terus boleh kerja, itu pun kalau rajin lah.

Jadi, dari mula aku pratikal alhamdullilah semua nya okay. Staf pun baik dan mesra, hari-hari dapat makan free sebab kat sini banyak department. Jadi kalau ada seminar ke mesyuarat ke mesti banyak makanan lebih, aku pun sebat je lah orang dah bagikan?

Bab-bab kerja pulak, aku lebih kepada membantu abang fadil check line internet, selesaikan masalah pengadu dan membaiki komputer. Tapi tak selalu lah aku buat kerja-kerja ni, sebab budak pratikal lelaki ada. Dia orang yang selalu buat, aku duduk office je. Bila aku rasa bosan sangat, aku bantu lah kerani kat sini susun fail, ambik surat dan kemas stor. Even itu bukan kerja kita tapi apa salah nya kita tolong kan. dapat pahala lagi

Oke next, apa lagi eh nak cerita sebab aku rasa itu je pengalaman yang ada hahaha sedih betul rasa. Hah jap! lupa satu perkara, dah alang-alang takda kerja tuh, baik korang siapkan buku jurnal harian dan report awal-awal nanti senang boleh rilekssssss.

Okay itu je yang dapat aku kongsikan. Kalau ada lagi nanti, aku share kan okay. Goodluck korang!

Tuesday, January 19, 2016

Al-kisah sedih.



Seorang suami sedang melepak-lepak minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. 


Suami terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku.

Tiba-tiba air mata isterinya mengalir. 


Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis.


Suami: Sayang, kenapa sayang menangis?

Isteri: Saya baru habis baca buku, sad ending...sedihlah bang.

Suami: Buku apa tu Sayang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Isteri: Buku bank abanglah!!